XtGem Forum catalog
.

.

Tgl :20/05/24<<>>Time :17:36
Carian isi wap ini
"hiduplah sesuka hatimu tetapi (ingat) engkau pasti akan mati.Cintailah siapa pun yang ingin engkau cintai,tetapi (ingat) engkau pasti akan berpisah darinya.Berbuatlah sesuka hatimu,tetapi (ingat) engkau pasti akan mendapatkan balasannya"
.
.BACAAN ISLAMI
.DOWNLOAD PDF
.DOWNLOAD MP3
.DOWNLOAD VIDEO
.JAVA GAME
.WALLPAPER
.BUAT THEME HP SENDIRI
.IHYA' ULUMUDIN MP3
.JAVA APLIKASI
.BUAT LOGO
.APLIKASI KITAB FORMAT JAR
.DOWNLOAD MP3 REBANA KH.MA'RUF ISLAMUDIN
.DOWNLOAD MP3 WAFIQ AZIZAH


Kisah robi"tul adawiyyah 4

MENGAPA ENGKAU MENYEMBAH ALLAH

Pernah suatu hari Rabiah didatangi sekelompok orang soleh.
Ketika itu terjadi perbincangan antara mereka mengenai menyembah kepada ALLAH..

“Mengapa engkau menyembah ALLAH? ..
Tanya Rabiah kepada salah seorang diantara meraka.

“Kerana aku takut azab ALLAH, ” jawabnya singkat.
“Mengapa engkau menyembah ALLAH? ”
Tanya Rabiah kepada yang lain.
“Aku menyembah allah kerana aku takut api neraka dan ingin masuk syurga, ”jawabnya.

Rabiah menarik nafas panjang, kemudian berkata,
”Alangkah buruknya seorang hamba menyembah ALLAH kerana mengharapkan syurga dan ingin selamat dari azab api neraka ”.
Rabiah diam seketika,seakan-akan kecewa dengan jawaban yang diberikan.

Kemudian dia bertanya pada mereka,
“Jika syurga dan neraka tidak wujud,apakah kalian akan menyembah ALLAH..???

Mereka semua terdiam.
Tidak menyangka sama sekali Rabiah akan bertanya begitu.
Suasana menjadi terdiam seketika karna tidak ada seorangpun yang berani menjawab.

Kemudian salah seorang berkata kepada rabiah,
“Wahai Rabiah,tolong jelaskan kepada kami,kenapa engkau menyembah ALLAH?

“Aku menyambah ALLAH kerana mengharap keridhoan-Nya...
Nikmat dan anugerah yang diberikan olehnya kepadaku sudah cukup untuk menggerakkan hatiku agar menyembah dan beribadah kepada-Nya,”jawab Rabiah ringkas tetapi padat.

Selama 30 tahun rabiah adawiyyah terus-menerus mengulangi doa ini dalam sholatnya:
“Ya Tuhanku! Tenggelamkanlah aku di dalam kecintaan-Mu supaya tiada suatupun yang dapat memalingkan aku daripada-Mu.”
Antara syairnya yang masyhur berbunyi:
“Kekasihku tiada menyamai kekasih lain biar bagaimanapun,
Tiada selain Dia di dalam hatiku mempunyai tempat manapun,
Kekasihku ghaib daripada penglihatanku dan peribadiku sekalipun,
Akan tetapi Dia tidak pernah ghaib di dalam hatiku walau sedetik pun.
”Rabi’ah telah membentuk satu cara yang luar biasa di dalam mencintai Allah.Dia menjadikan kecintaan pada Ilahi itu sebagai satu cara untuk membersihkan hati dan jiwa.
dengan menanamkan rasa takut kepada kemurkaan Allah seperti yang pernah diluahkannya:
“Wahai Tuhanku! Apakah Engkau akan membakar dengan api hati yang mencintai-Mu dan lisan yang menyebut-Mu dan hamba yang takut kepada-Mu..?
”Kecintaan Rabi’ah kepada Allah berhasil melewati pengharapan untuk memperoleh syurga Allah semata-mata.
“Jika aku menyembah-Mu kerana takut daripada api nerakamu maka bakarlah aku di dalamnya! Dan jika aku menyembah-Mu kerana tamak kepada syurga-Mu maka haramkanlah aku daripadanya! Tetapi jika aku menyembah-Mu kerana kecintaanku kepada-Mu maka berikanlah aku balasan yang besar,berilah aku melihat wajah-Mu yang Maha Besar dan Maha Mulia itu.”

(Sejarah Srikandi Islam : Rabiatul Adawiyah,penulis:zahiruddin zabidi)

Online :1|Hari ini :1|
Minggu ini :1|Bulan ini :2|
Total :354|

Like jika suka blog ini

GOOGLE SEARCH


Web
Gambar
Local
Mobile Web(beta)


mTOP.me

PluzTop
online counter
Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Best Wap Sites


Created by :
SYAFAK SOBO
POWERED BY :
.
Copyright : © 2013